Product Description

Nike Phantom GT2 dikenali kerana tumpuannya pada ketepatan dan kawalan, menjadikannya popular dalam kalangan pemain bola sepak yang menghargai kecekapannya dan pengendalian bola. 

Nike telah menggantikan boot bola sepak Phantom GT dengan Phantom GT2, mengemas kini bahagian atas Flyknit dengan corak tekstur yang ditinggikan untuk meningkatkan kawalan bola dan putaran. Sistem tali kasut yang tidak sekata membolehkan zona pukulan yang lebih besar, manakala platsole aerodinamik dengan konfigurasi corak stud terbelah menawarkan peningkatan kelajuan.

Kelebihan & Kekurangan

Kelebihan

L

Ball control lebih cekap disebabkan oleh corak kulit yang naik sedikit memberikan grip lebih.

L

Shooting lebih melencong dibantu oleh corak kulit

L

Flyknit dan dinamic collar buat kasut lebih selesa

Kekurangan

L

Kasut first grade ini harga mahal

L

Bahagian belakang ankle mungkin lebih ketat

Specifications

N

Flyknit Construction

N

Dinamic Fit

N

Tapak aerodinamik 

N

Asymmetrical lacing 

N

Raised textural pattern

Pendapat Peribadi Penulis

Saya sudah pakai boot ini selama 2 tahun dan kasut ini tahan lasak, ringan dan kulitnya nipis. Pada mula memang janggal nak pakai kasut ini sebab belum lagi ‘break in’ dan ankle saya selalu blister di bahagian belakang. Macam-macam cara di buat untuk melembutkan kulit kasut ini. Saya rendam dalam air panas, guna hair dryer, pijak-pijak dan banyak lagi. 

Akhirnya selepas dah break in, memang selesa dan dia ikut size kaki kita. Kalau dari segi feel bola memang sedap sebab kulitnya nipis. Shooting pun bagus sebab dia ada corak kat kulit kasut yang membantu ‘spin’ bola tu. 

Untuk kaki wide feet macam saya, saya sangat gembira kasut ini dapat accomodate kaki saya yang lebar ini tanpa ada masalah. 

 

Mungkin ini bukan speedboot tetapi saya takda masalah untuk berlari laju kerana soleplate (tapak bawah kasut ini) bentuk ‘asymetrical’ jadi dia membantu kita untuk berlari laju. 

 

Itu sahaja review buat masa ini, saya rasa boot ini sudah tiada lagi dalam production tetapi version baru phantom ada di NIKE. Boleh tunggu waktu dia promotion untuk beli. Selalunya hujung tahun discount banyak.